Friday, August 20, 2010

amik yang mane suke je.mane boleh!!!

alhamdulillah,
sudah 10 hari berpuasa.selama 10 hari jugakla aku berpuasa.lelaki kan,mane ade excuse, melainkan lelaki yang pelik je yang tak puasa.bermacam alasan bagi untuk tak nak puasa.sedangkan tubuh badan sihat walafiat.Allah tarik kesihatan tu baru tau, baru la nak masuk tv3 bersamamu mintak bantuan kan.mase sihat ni tak ikut suruhan Allah subhanawataala.

tadi pergi berbuka di salah sebuah restoran sekitar sini.sambil menunggu berbuka, tonton tv kat restoran tu,ingatkan ade cerita epilog syurga cinta.dah 2 hari tak tengok sebab balik lambat dari kerja.lupa yang hari ni tak ade cerita tu,hari ni hari jumaat.tak terasa pun hari ni penghulu hari disebabkan kerja.sudah terbiasa dengan suasana kampung yang hari jumaatnye tak kerja.suke.sambil tonton tv tu, ade 2 orang perempuan masuk dan duduk dalam restoran tu.dengan tak bertudungnye,berseluar pendeknye, dan gelak macam bagai.aku hanya mengeluh.tapi die datang untuk berbuka.maknanye die hanya amik sedikit sedikit jela dalam islam ni.yang menutup aurat tu die tak amik.

banyak sangat dah jumpe kat sini,tambah tambah dalam bulan puasa ni,yang hanya amik sedikit sedikit dalam suruhan Allah.die amik yang die suke sahaja.yang die tak suke die abaikan.ade ke pergi beli juadah berbuka dengan memakai legging.ya Allah.macam telanjang dah aku tengok.macam tak pakai pape dah.Astaghfirrullahhal'azim.jahilnye masyarakat kite sekarang tentang agama.ade jugak isteri orang yang pakai macam tu.suami die tak tahu ke yang bilamana seorang suami membenarkan isterinye membuka aurat di khalayak ramai akan di humban ke neraka dan serta merta mendapat gelaran fasikh.bukan aku yang reka hukum ni,aku dengar ustaz Azhar Idrus bagi ceramah.kamonla wahai suami,bukan senang nak jadi suami,bukan hanya dengan akad nikah lafaz akad tu boleh jadi suami.berat tanggungjawab suami ni.dosa isteri anak semua atas kepala suami.

ya Allah,janganlah kau jadikan aku seorang suami yang seperti itu ya Allah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails