Sunday, November 15, 2009

Sungai Kolok

jumaat lepas pergi menyeberang sungai kolok.kat kelate panggil golok.bersempadan dengan rantau panjang.rantau panjang baru je lepas surut banjir mase aku pergi.banjir di rantau panjang dikatakan berlaku ekoran dari pelepasan air dari empangan sebelah thailand.maka akan ade la jualan barang barang tenggelam banjir dengan harga yang tersangat murah.ramai yang pergi time tu.tuhan bagi bencana beserta rezeki.tuhan tu maha adil.

dari dulu selalu je aku pergi seberang, bukan pergi nak karaoke mahupun 'ayam' biarpun kat sane memang murah benda benda macam tu.aku bersama kakak n abang ipar aku beserta 4 orang anaknye.kebiasaan barang yang menjadi tumpuan adalah buah buahan.yang tak mungkin terlepas beli adalah ayam goreng dan somtam.somtam sejenis betik parut yang rasanye pedas masam masam manis.best sangat orang yang berbahasa lembut itu jual.kat sini pun ada tapi yang asli lagi best.

akhirnye selepas hampir 6 bulan dan dah nak trikh luput dah border pass aku bercop jugak.buat kat wisma aritu mase bulan 6.bahaya bom kat sane?insyaAllah selamat.askar die sekeliling ade.pergi dah lewat petang jumaat tu.sembahyang maghrib kat masjid pakistan kat sane.jangan sangka kat malaysia je ade pakistan tau.pergi sane pun ade orang temankan.ustaz yee name die.die orang thai yang kawin dengan orang rantau panjang.die ni dikire sahabat keluarga abang ipar aku sebab die datang imamkan sembahyang terawih kat masjid kat sini.die budak pondok kat thailand.

beli beli barang pastu kuar thailand dan makan malam kat rantau panjang.sedap makanan die.



kedai buah




masjid pakistan

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails