Tuesday, October 20, 2009

kemalangan

kelmarin, bangun pagi tengok televisyen ade berita pasal kemalangan kat Bunut Payong, jalan menuju ke Wakaf Che Yeh..rentung 3 parah seorang..kejadian dipercayai akibat pemandu mengelak dari terlanggar kucing..kucing siapa kah..setakat ini, tiada pihak lagi yang mengeluarkan kenyataan mengaku itu kucing mereka..malang bagi 3 mangsa maut..Al-fatihah buat mereka..

tengahari mendapat panggilan untuk pergi cari mozek yang dipasang tetapi tidak cukup satu keping...keluar dengan kereta sebab sekarang ni panas bahang yang amat..melalui jalan Langgar depan stesen bas Transnasional...jam sampai tak gerak gerak selama lebih kurang setengah jam..sebelum tu lalu sebuah ambulans sambil membunyikan siren..tak pikir ade kaitan dengan jam yang aku diperangkap ni...jalan tu memang ade je ambulans lalu...

selang tak berapa lame lepas tu,dapat jugak kereta yang jam tu gerak..samapi kat traffic light depan KB Mall, aku ternampak macam baru lepas accident..ade benda berterabur atas jalan..pastu aku jalan atas tompokan merah dekat barang berteraburan tuh..aku tak perasan lagi..tengok tengok tompokan merah tu adalah darah...

cuak jugak tapi wat tak tau sambil teruskan urusan aku..selepas tu baru aku dapat tau yang accident tadi antara bas dengan motorsikal..penunggang motorsikal maut di tempat kejadian..rupenya tompokan darah tadi adalah darah mangsa...AL-Fatihah jugak kepada mangsa...menurut khabar khabar yang ku dengar, beliau adalah bekas askar dari Sungai Penang, Tumpat..

setiap hari ade saje kes kemalangan yang meragut nyawa...sikap masing masing ataupun kesilapan teknikal yang mnyebabkan terjadi semua ni..


Al-Fatihah kepada semua mangsa maut

2 comments:

  1. Al-fatihah...mogo rohnya di rahmati Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  2. innalillah...
    pg td pn masa nk g keje ade acident jgk..
    mntk2 kt sume slmt...berhati2 d jln raya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails