Thursday, February 22, 2018

Rindu

Assalamualaikum.

Posting terakhir 2012 haritu. Jadi, sekarang rindu untuk update kat blog ni walaupun blog dah macam tak relevan dengan zaman sekarang. Tapi saya percaya masih ada peminat setia blog ni kan.

Banyak hal yang dah berubah dan berlaku dalam masa lebih kurang 6 tahun ni kan. Anak pun dah bertambah. Isteri masih kekal seorang. 😀

Melayan karenah anak-anak mengingatkan kita pada ibu bapa kita tatkala kita masih kecil dulu kan. sekarang berada di tempat mereka dalam mendidik anak-anak. Perlu kesabaran yang hebat dan ketabahan yg kuat. Macam-macam ragam yang dipamerkan. Seorang ragam macam ni, seorang lagi macam tu. Kita sebagai ibu bapa ni kena melayan.

Bila dah anak ni, masa bersama kawan-kawan pun sudah berkurangan. Tapi masih sempat meluangkan masa bersama tapi tak selalu la. Biasanya dapat berkumpul kalau tak rancang. Yang rancang tu memamng takkan jadi la.

Apapun, layari la bahtera kehidupan ni dengan penuh keberkatan dan mendapat redha dari Ilahi.

1 comment: