Thursday, July 26, 2012

Bulan Keberkatan bersama insan tersayang.

Assalamualaikum....

Ya Allah, sudah sekian lama blog ni tidak aku jenguk. Apatah lagi menambaikbaik serta mengemaskinikan dengan post post yang terbaru. Alhamdulillah, ada jugak mase untuk mengemaskini blog ini.

Sedia maklum, kita sudah memasuki bulan Ramadhan 1433H. Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t sempat aku merasa puasa tahun ini. Lagi bersyukur bila puasa tahun ini ditemani oleh 2 orang insan tersayang. Insan yang baru hadir ke dalam hidup ku, tak sampai 2 bulan pun lagi umurnya bila mana blog ini di kemaskini.

Pukul 4.46,  petang 4/6/2012 bertempat di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu, lahirnya anak lelaki melalui kaedah Cesarean. Telah ku siap siap dengan nama memandangkan semasa scan, doktor telah memaklumkan bahawa bayi ku nanti adalah lelaki. Aku telah menamakan anak lelaki dengan nama Muhammad Aqil Fayyad. Bermaksud Yang terpuji, Yang cerdik, Yang bermurah hati. Harapanku dengan nama ini adalah biarlah anak ku ini menjadi seorang cerdik pandai, pemurah hati dan tinggi akhlaknya.

Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah dengan nikmat dan rezeki yang engkau telah limpahkan kepada ku. Alhamdulillah.


Muhammad Aqil Fayyad

No comments:

Post a Comment