Wednesday, September 1, 2010

Akhirnya, K Soley milik Kelantan

salam 10 malam terakhir,


Piala Malaysia 2010 akan bermula 14 hb September ni,lepas raya nanti.dan pasukan yang terawal mengikat kontrak pemain baru adalah pasukan Kelantan.pemain yang dikejar kejar dari musim lepas lagi akhirnya berjaya diikat kontrak selama 2 tahun bersama pasukan The Red Warriors.K Soley ataupun nama penuh beliau adalah Solehin Kanasian Abdullah sebelum ini beraksi untuk pasukan Perlis telah tamat kontraknya bersama Singa Utara sebulan yang lepas.


Pemain ini yang beraksi dengan bagitu pantas sangat padan andai kata bergandingan dengan S Chanturu yang bermain di wing kiri pasukan Kelantan.sama sama pantas.kini pasukan Kelantan tidak ubah lagi seperti pasukan EPL Manchester City yang mempunyai banyak dana dan mampu membeli pemain pemain yang hebat.sokongan peminat setia yang sungguh padu inila yang telah mengukuhkan pasukan TRW.sama sama kita teruskan sokongan padu ini.


gomo kelate gomo

the red warriors

sang kijang



untuk berita lebih lanjut, sila lawati Kelate.net.

No comments:

Post a Comment