Thursday, May 20, 2010

hari ku makin sampai

start 2 hb feb aku bekerja secara kontrak dengan maxis centre kota bharu. banyak benda yang aku pelajari.macam mana nak interact dengan customer.melakukan sales supaya target sales setiap bulan dapat dicapai, dan semuanye berkaitan dengan public relationship.

berdepan dengan pelbagai karenah pelanggan yang datang dengan pelbagai masalah memamng mencabar.nampak je kerja macam ni senang tapi perlu berdepan dengan bermacam orang ni membuatkan profession ini memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.walaupun dimarah, tetap kena senyum.bos selalu menekankan GST yang menjadi amalan para pekerja maxis. G stand for greet (alukan) S for smile (senyum) dan T for Thanks ( terima kasih). amalan ini yang selalu ditegaskan oleh bos.memang berkesan amalan ni.walaupun pelanggan yang tersangat marah, kita senyum je dan jangan berbalas apa apa nanti lama lama die senyap la.mesti die akan fikir yang die ni betul ke tak kepala die cakap cakap marah marah seorang diri.tips yang amat berkesan untuk berdepan dengan orang yang tengah marah.

banyak yang aku dapat selama aku bekerja kat maxis ni.nanti aku akan kongsikan lagi.cuma aku nak bagitahu yang kontrak aku sampai hujung bulan ni je.

No comments:

Post a Comment