Friday, January 29, 2010

budaya tengok pun terkejut

istilah culture shock ataupun dalam bahasa melayu malaysia adalah kejutan budaya merujuk kepada satu satu kaum yang terdedah kepada budaya lain dan tibe tibe je terus menukar budaya nye.wlaupun budaya yang diikutinye itu tidak elok.definisi ini aku bukan dapat dari wikipedia or answer.com,aku dapatinye dari pemikiran aku sendiri.entah ye entah kan tidak kan.tapi itula yang aku faham dari kejutan budaya ni dan dari pengamatan aku kat orang yang berada disekeliling aku.

yang ni pula definisi versi abang wiki:-


Kejutan budaya merupakan istilah yang digunakan bagi menggambarkan kegelisahan dan perasaan (terkejut, kekeliruan, dll.) yang dirasakan apabila seseorang terpaksa duduk dalam kebudayaan atau persekitaran sosial yang berlainan sama sekali, seperti ketika berada dinegara asing. Ia timbul akibat kesukaran dalam asimilasi kebudayaan baru, menyebabkan kesukaran bagi mengenali apa yang wajar dan tidak wajar. Sering kali ini digabung dengan kebencian moral atau estatik yang kuat mengenai sesetengah aspek budaya berlainan atau budaya baru.

 apa yang aku ingin ketengahkan kat sini adalah persoalan dimana bile berlakunye kejutan budaya ni terhadap seseorang budayawan yang terkejut itu.

mengikut pengalaman dan persekitaran sekarang kejutan budaya ni berlaku apabila si kampung ini keluar ke bandar.tak kira la samada untuk bekerja atau pun untuk belajar.yela kan, universiti pun dah berada di bandar.tak macam universiti aku berada di bukit.ehehe..nak compare compare lak.dah habis belajar dah pun la...ngeh ngeh...ok, apabila si kampung ni sampai di bandar mereka terkejut melihat suasana di bandar dan semakin menurut keadaan di bandar.ye x ni...em...dari segi gaya pemakaian, pertuturan die bro, dan segala lagi bandar la...dan minah minah mamat mamat bandar ni pulak cakapla si kampung ni dah kena kejutan budaya dah dimana minah minah mamat mamat ni memang berpakaian budaya lain dari budaya percakapan mereka.dan mereka juga difahamkan sebudaya dengan si kampung ini.

yang aku pening dan sedikit marah akan keadaan di atas kenapa si kampung itu je yang dikatakan mendapat kejutan budaya.yang minah minah mamat mamat itu tidak kah??sedangkan kalau dilihat dari segi pemakaian mereka,percakapan mereka,mereka sudah lame terkejut dengan budaya ni.kalau la dikatakan sikampung ini mendapat kejutan budaya bila pergi ke bandar, dan yang di bandar ni bile pula mendapat kejutan ini. zaman mak ayah dieorang lagi ke.

disini bukan nak mengata kat orang bandar.zaman sekarang ni tak pergi ke bandar pun boleh terkena kejutan budaya.banyak saluran yang boleh sampaikan budaya ytang tak elok ni kepada si kampung dan yang belum terkejut ni.peti televisyen umpamanye.kat rumah dapat siaran rtm 1 je jadi terpaksa la daftar kan siaran televisyen swasta.lagi la banyak kejutan budaya dalam tu.

ok, tak nak cakap dah.benda ni semua boleh fikir.biarpun ukan isu hangat sekarang tapi nak tunggu bile sampai jadi hangit?peratusan buta huruf di negara ini semakin menurun maknanye peratus orang pandai ramai.berpuluh puluh buah U dan kolej ditubuhkan sebab ramai sangat orang pandai dan nak jadi pandai.jadi fikir la baik buruk benda ni.

No comments:

Post a Comment