Saturday, October 24, 2009

Perlawanan suku akhir ke 2 Piala Malaysia

tadi tengahari selepas bawak mak pergi majlis bertemu mata bakal haji 2009 bersama YB Tanjong Mas, Kak Ani aku terus menuju ke Stadium Sultan Muhammad Ke IV selepas menghantar mak aku dan menukar kete ngan motor. sesampai je stadium, kelihatan ramai orang bersesak sesak beratur membeli tiket di kaunter tiket sebelah kanan stadium. aku tengok kaunter tiket sebelah krir tak ramai. menuju ke tempat tak ramai orang, tak nak bersesak sesak.

bli 5 keping tiket, untuk ariffin 2 keping untuk aku 3 keping. selalunye beli tiket sebelah malam sebelum masuk stadium. tetapi untuk kali ini terpaksa membeli awal awal dek kerana tengok perlawanan suku akhir pertama yang berlangsung di Stadium Cheras, menetang KL Plus yang dimana stadium dipenuhi dengan penyokong The Red Warriors. jadi dapat dibuat kesimpulan yang perlawanan kat sini nanti lagi meriah. betul terkaan ku. belum pun jam mencecah pukul 2 tengahari tiket telah habis dijual. kawan ku, Aspa tidak sempat berpesan kepada aku untuk belikan untuk die skali. pergi cari tiket selepas tu dh habis. terpaksa berkejaran ke sana sini untuk cari tiket untuk Aspa. dapatla sekeping untuk die.

malam ini dijangka Kelantan akan menang. biarpun begitu, The Red Warriors hanya memerlukan kedudukan seri sehingga wisel penamat untuk layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2009.

The Red Warriors

No comments:

Post a Comment