Monday, May 23, 2011

Kelantan vs Harimau Muda A

semalam telah berlangsungnye perlawanan antara pasukan Kelantan dan Harimau Muda A bertempat di Stadium Shah Alam. keputusan penuh perlawanan adalah seri 2 2. S.Chanturu telah menyumbangkan gol pertama setelah pasukan Harimau Muda A mendahului 1 0. sepakan sudut cantik dari Piya telah ditanduk kemas oleh S. Chanturu.

kemudian separuh mase pertama tamat dengan keputusan seri 1 1. separuh mase kedua telah didahului oleh gol dari pasukan tuan rumah. dengan gaya permainan hambar dari pasukan Kelantan, akhirnye matyo seperti telah mengamuk dan telah menyumbat gol penyamaan serta gol penyelamat kedudukan teratas MSL. dengan membawa pulang satu mata, kelantan masih lagi mengekalkan kedudukan di tangga teratas Liga Super Malaysia. keputusan ini boleh dikatakan sedikit mengecewakan kerana kelantan mempunyai begitu banyak peluang keemasan melalui Ramzul Zahini atau rojo tetapi telah disia siakan.

tetapi apa yang paling mengecewakan aku bukan sahaja keputusan penuh perlawanan, ada lagi yang mengecewakan. bila keluar dari stadium dan menuju ke kereta lalu mendapati ade saman di kepit di wiper cermin depan.itu yang lagi mengecewakan aku. yang aku pelik, tempat aku parking tu adalah sedikit keluar dari tempat parking kerana parking telah penuh. biasalakan bila tengok bola, kereta banyak. aku dah tengok memang kereta aku tak menghalang jalan. dahla jalan tu tak ade orang lalu lalang pun. tapi dapat jugak saman dari PDRM. yang lagi pelik adalah minggu lepas mase kelantan lawan selangor, lagi la orang ramai parking merata, tepi round a bout pun ade. ramai sangat polis time tu yang kawal lalulintas. tapi semalam aku tengok polis tak ade la seramai sebelum ni. tapi tak ade pun saman kat cermin kereta mase kelantan lawan selangor.

tapi memang semalam tak ade penyokong dari pasukan lain. memang semua dari pasukan kelantan. apa makna semua ini. berderet kereta yang parking satu line dengan aku. habis terus kot buku saman polis tu semalam.mencik!!!



1 comment:

  1. takpola..kiro sedekohla ko polih hok takdok kijo tuh..sie jugok ngan polih nie..nok same tp xdok oghe.. aduh2.. dikriminasi.

    ReplyDelete