Tuesday, April 12, 2011

Tahniah Seladang!!

Tahniah diucapkan kepada pasukan Perak @ seladang kerana berjaya membenam pasukan The Red Warriors dengan jaringan gol yang agak besar iaitu 4 berbalas 0...ternyata pasukan Perak bermain dengan begitu baik sekali sehinggakan pasukan Kelantan nampak seperti tidak mampu berbuat apa apa...




Walaupun pulang dengan perasaan yang sungguh kecewa selepas terpaksa menonton di kedai makan ekoran tiada khidmat Astro dirumah, tapi sokongan terhadap pasukan TRW tidak berkurangan...pemain pemain Kelantan telah menunjukkan disiplin yang amat tinggi kerana hanya 2 keping kad kuning dari 6 keping sepanjang perlawanan yang Kelantan dapat...cuma permainan malam ini agak berbeza dari permainan sebelum ini mungkin rentetan daripada keriadaan pemangkin tengah pasukan iaitu Badrul Radzi @ Piya....

Apapun pasukan Kelantan telah berusaha sehingga minit minit terakhir perlawanan...semangat yang memang patut dipuji....semoga Kelantan terus berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan.....GKG....

No comments:

Post a Comment