Friday, March 19, 2010

berhati hati terhadap si biru

sekarang tiap tiap hari ada sahaja pelanggan yang datang mengadu tentang si biru yang berniaga secara tidak jujur. maka datangla yang kena tipu ni ke si hijau. tak kira pelajar, makcik, pakcik mahupun pekerja pekerja swasta dan kerajaan yang menggunakan perkhidmatan bas, pejalan kaki akan terkena. biasanya bila ditanya kat mana lokasi si biru ni melakukan penipuan adalah di kawasan pejalan kaki berhadapan Parkson Kota Bharu, stesen stesen bas dan di hadapan kolej kolej swasta di sekitar Kota Bharu ni. tidak terlepas juga Universiti Malaysia Kelantan. Kasihan kat pelajar pelajar yang tak tahu pape ni. malah ada jugak ketua jabatan salah satu jabatan di universiti tersebut yang terkena.

modus operandi mereka sama sahaja, bagi sim kad biru mereka dan cakap ianya free. sape taknak bila di brei barang percuma kan. lagi lagi makan percuma. si biru tadi akan ambil IC mangsa dan fotostatkan. dan mereka akan cakap mereka akan hubungi dahulu si mangsa tadi untuk membuat pengesahan. tapi senyap sahaja dan tiba tiba lepas tu si mangsa mendapat sms yang menyatakan mereka line telefon mereka sudah diconvertkan dari line hijau malah kelab ramaja lagi ke line biru. maka terkejut berukla si mangsa. bukan dengan itu sahaja mereka dikejutberukkan, mereka juga terkejut bila mereka line telefon mereka didaftarkan untuk menggunakan line bil. kesian pelajar pelajar itu. duit yang dapat pun dari pinjaman. nak bayar bil tiap tiap bulan pulak. stamp pad betul si biru. maka apa yang mampu si hijau lakukan, memindahkan balik ke kelab remaja line mereka yang terkena.

berhati hati la terhadap si biru si biru yang berada di tepi jalan di stesen bas. bila dieorang nak bagi sim kad free tu, jangan terima.

2 comments: