Saturday, January 9, 2010

Lawatan sambil Belajar









new year hari tu aku telah mengikuti rombongan sambil belajar ke melaka bandaraya bersejarah.kikiki,takdela.kumpulan dikir barat IIUM, Sutra Pawana telah dijemput untuk mengadakan persembahan di Menara Taming Sari Melaka bersempena program menyambut tahun baru oleh organisasi tesebut.memandangkan aku dah ada di Kuala Lumpur ni dan menumpang kat IIUM ni, jadi aku turut serta la dieorang.hampir kesemua ahli kumpulan dikir barat ni adalah kawan sekolah aku semasa Maahad muhammadi dulu, jadi tak ada masalah la.dan event manager kat Menara Taming Sari tu pun juga merupakan rakan Maahad ku, sebab tu la kumpulan dikir barat ni dijemput.

dan jangan fikir yang kumpulan ni dijemput atas dasar kawan, Kumpulan Sutra Pawana merupakan naib johan FestKum yang diadakan baru baru ini di Universiti Kebangsaan Malaysia antara semua IPT.juara kumpulan ini, Akram Hasif juga merupakan juara ke 2 terbaik seluruh Malaysia.diatas sedikit sebanyak gambar sepanjang berada disana.


bertolak pada jumaat petang, 1 hb 2010.malamnye pula malam persembahan.tidur di rumah kawan ku si event manager tu.tidur ramai ramai.si dia aku tinggalkan kat hotel di bandar.keesokan harinye mula la lawatan sambil belajar.melawat semua muzium.yang best nye tak kena bayar sebab kawan maahad aku yang tinggal kat Melaka ade bapa saudara orang besar muzium.kekeke.nak pergi lagi la kalau macam ni.petang 2 hb tu bertolak pulang


nak pergi lagi je rasa.

No comments:

Post a Comment