Thursday, February 22, 2018

Rindu

Assalamualaikum.

Posting terakhir 2012 haritu. Jadi, sekarang rindu untuk update kat blog ni walaupun blog dah macam tak relevan dengan zaman sekarang. Tapi saya percaya masih ada peminat setia blog ni kan.

Banyak hal yang dah berubah dan berlaku dalam masa lebih kurang 6 tahun ni kan. Anak pun dah bertambah. Isteri masih kekal seorang. 😀

Melayan karenah anak-anak mengingatkan kita pada ibu bapa kita tatkala kita masih kecil dulu kan. sekarang berada di tempat mereka dalam mendidik anak-anak. Perlu kesabaran yang hebat dan ketabahan yg kuat. Macam-macam ragam yang dipamerkan. Seorang ragam macam ni, seorang lagi macam tu. Kita sebagai ibu bapa ni kena melayan.

Bila dah anak ni, masa bersama kawan-kawan pun sudah berkurangan. Tapi masih sempat meluangkan masa bersama tapi tak selalu la. Biasanya dapat berkumpul kalau tak rancang. Yang rancang tu memamng takkan jadi la.

Apapun, layari la bahtera kehidupan ni dengan penuh keberkatan dan mendapat redha dari Ilahi.

Wednesday, August 8, 2012

Baskin Robbins

Salam Ramadhan,

Siapa taknak kan benda free. Nak nak Baskin Robbins plak. Adui. tapi jujur aku tak pernah makan ais krim jenama ni. Macam mana rasa pun tak tahu. seperti yang sudah sedia maklum, malam ni 8th Aug 2012 walaupun bukan sempena DLCW menang pingat emas, tapi tetap dapat free Baskin Robbins. dari pukul 8 - 10 malam. Siapa siapa yang pergi beratur (confirmla beratur, free aper) sah sah dah terlepas terawih kan. Buatlah Pilihan bijak. Antara aiskrim dengan Terawih. Sesiapa yang berada di beberapa negeri tu, jangan mimpi nak merasa ais krim percuma k. Cawangan BB ni hanya ada di negeri negeri dibawah je:-


  1. Kuala Lumpur
  2. Selangor
  3. Putrajaya
  4. Melaka
  5. Johor
  6. Perak
  7. Penang
  8. Pahang
  9. Kedah


Macam negeri aku, Kelantan tak dapatla merasa ok.hehe. Berair mulut lak cakap pasal aiskrim ni.

untuk keterangan lanjut, sile ke sini.

Thursday, July 26, 2012

Bulan Keberkatan bersama insan tersayang.

Assalamualaikum....

Ya Allah, sudah sekian lama blog ni tidak aku jenguk. Apatah lagi menambaikbaik serta mengemaskinikan dengan post post yang terbaru. Alhamdulillah, ada jugak mase untuk mengemaskini blog ini.

Sedia maklum, kita sudah memasuki bulan Ramadhan 1433H. Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t sempat aku merasa puasa tahun ini. Lagi bersyukur bila puasa tahun ini ditemani oleh 2 orang insan tersayang. Insan yang baru hadir ke dalam hidup ku, tak sampai 2 bulan pun lagi umurnya bila mana blog ini di kemaskini.

Pukul 4.46,  petang 4/6/2012 bertempat di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu, lahirnya anak lelaki melalui kaedah Cesarean. Telah ku siap siap dengan nama memandangkan semasa scan, doktor telah memaklumkan bahawa bayi ku nanti adalah lelaki. Aku telah menamakan anak lelaki dengan nama Muhammad Aqil Fayyad. Bermaksud Yang terpuji, Yang cerdik, Yang bermurah hati. Harapanku dengan nama ini adalah biarlah anak ku ini menjadi seorang cerdik pandai, pemurah hati dan tinggi akhlaknya.

Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah dengan nikmat dan rezeki yang engkau telah limpahkan kepada ku. Alhamdulillah.


Muhammad Aqil Fayyad

Thursday, February 23, 2012

Kad kredit

Salam semua,

Terasa ingin memohon kad kredit la, untuk kegunaan di masa terdesak. Tapi tak pasti la kad kredit bank mana yang ok.

Selain tu, ada tak tips tips penggunaan kad kredit ni. Almaklumla kan sudah sedia maklum yang ramai belia muflis disebabkan penggunaan kad kredit ni. Mohon dijauhkanla.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone