Saturday, August 28, 2010

tidur waktu tengahari..(taking nap)

salam hari sabtu balik pukul 1,

baru bangun.tadi balik kerja pukul 1 terus tidur.penat bercampur dengan kepanasan.terasa tekak kering.pada zaman nabi, sahabat membasahkan pakaiannye dan terus memakainye bagi menghilangkan dahaga disebabkan panas pada hari puasa.ini dibenarkan.tapi aku tak la sampai membasahkan pakaian.aku bangun dan terus mandi dan solat.lega la sikit.

sekarang, hanya hari sabtu dan ahad dan kelepasan am sahaja yang aku boleh tidur di waktu tengahari dengan sesedap rase.dulu kerja kat kampung aku boleh balik rehat tengahari kat rumah memandangkan dekat je tempat kerja dengan rumah.sekarang dah tak boleh,jauh.cume sekarang hanya boleh tidur kejap dekat surau tempat kerja lepas makan.sekarang,bulan puasa kami boleh pilih balik awal setengah jam dari biasa tapi rehat dipendekkan kepada setengah jam.jadi rehat di bulan puasa aku gunakan untuk tidur selama setengah jam tu.

tidur sekejap waktu rehat tengahari dalam english di panggil power nap.ini bermaksud lebih kesabaran, lebih keberkesanan dalam kerja selepas tidur sekejap, dan lebih menyihatkan.selepas kita tidur sekejap,kejap je tau.jangan sampai ke petang.tibe tibe sapai surat kena pecat kalau tidur sampai ke petang. kite akan rase lebih segar dan sedikit bertenaga bagi menyambung kerja di sebelah petang.itu jugak yang aku rasekan selepas aku bangun dari tidur waktu rehat tengahari.tidur tak lena pun tak ape, asalkan tutup mate.

macho gaya tidur


nak bace selanjutnye pasal taking nap ni, masuk sini. gambar tu pun amik kat situ.hehe..jom tidur.eh,takleh tidur dah,nak asar dah.nanti makruh puasa tidur lepas asar.

No comments:

Post a Comment